30/3/16 Rabu 8.12 Malam

Assalamualaikum & Hai

Star will not shine without darkness.

Rainbow will not appear without rain.

Thus, i wanna say Alhamdulillah, 

Thank You Allah SWT for this opportunity and forgive me if i ask to much, i admit i'm a sinner. but with your greatness i know you will forgive me. 

I feel blessed.


 

Guardian Haul #1

Assalamulaikum & Hai


Disebabkan saya ada cosmetic voucher RM5 dari Guardian jadi petang tadi singgahlah Guardian dalam Giant ni. Disebabkan saya seorang yang nak beli apa-apa mesti akan sediakan list dulu jadi tiadalah terlebih beli tadi. Semua seperti dalam list. Hehehehe



tadaaa ~~ inilah yang semua dalam list tu. tiada terlebih tiada terkurang lansung. malah makin jimat.


1. Bio-Essence Bio Treatment Essence In-Oil Scar Specialist


untuk pengetahun muka ni banyak lah parut jerawat, masa sekolah menengah dulu memang jerawat teruk juga menjadi-jadi. Dah cuba banyak produk tapi masih gagal dalam menghilangkan jerawat. Okey produk di atas ni banyak review kata boleh hilangkan parut jerawat dalam 3 hari. Jadi untuk 3 hari ini nak cuba nak tengok macam ne. Nanti saya review ya (kalau rajin). Harga asal untuk botol 30ml ni RM19.90+ dan sebab promosi harga tinggal RM9.94. 

2. IN2IT Waterproof Gel Liner 




Pada asalnya nak beli eyebrow pensil sebab akhir-akhir ni banyak tengok video lukis eyebrow jadi teringin. Biasalah perempuan kan mudah terpengaruh. Jadi masa capai pek ni mata tumpu pada perkataan eyebrow dekat kotak, balik rumah baru sedar eyebrow pensil tu free kepada gel liner. heol. Harga RM20.88 dengan diskaun RM5 tinggal RM15.88.


3. Adidas EDT For Women Fruity Rhythm




Saya memang suka perfume, memandangkan perfume sedia ada dah habis jadi beli lah perfume ni dengan harga RM19.88. Harga asal tak silap saya RM24+. Wangi pun masih berkekalan, tidak kuat sangat. bau buah ranum.

5. Guardian Nylon Foundation Brush



Last produk dalam Guardian Haul kali ini ialah brush foundation, lembut sangat bulunya, tadi dah try guna sapu foundation memang bagus coverage. Harga RM10.44, harga asal RM13+.


Total bersih semua RM56.14 selepas tolak semua diskaun. Paling tak sangka dapat baucer RM5 yang akan tamat 31 Mac ni. alaaa kejap sangat tempohnya. Ini pertama kali juga berhabis banyak dekat Guardian, selalunya saya prefer Watsons lagi sebab dapat point. Anyway, till next post. tralalala ~~


Finn Makan: Kari Kambing 40 Hari

Assalamualaikum dan hai. 

Pada 20 Mac 2016 yang lepas, saya dengan adik lelaki dan abah dalam perjalanan nak hantar adik perempuan ke asrama sekolah dia. Dalam perjalanan tu saya pun cakap "jom makan kari kambing!!" sebab alang-alang gerak dari Pasir Gudang dan saya dah baca banyak kata kedai ni sedap. Jadi sebab kami berempat memang boleh masuk makan kambing kitaorang pun singgah. Kalau korang mengarah menuju ke Johor Bahru mesti akan nampak signboard ni besar-besar tepi lebuhraya dan banyak kereta park depan kedai dia. 


Sebab sedia maklum kedai ni memang ramai orang makan jadi tiadalah terkejut sangat masa sampai. Memang ramai manusia tapi parking tetap cukup jangan risau. 


Disini konsepnya layan diri, beratur ambil makan sendiri ye. Servis pantas tak sempat panas punggung. Masa tangkap gambar ni sekumpulan mat motor tak sampai lagi sebab elok abah dan adik sampai ke meja barisan beratur jadi panjang mengenangkan masa tu dah waktu lunch. 

Gambar seterusnya merupakan gambar hidangan. Harap jangan terliur. 


pemurah sangat pekerja kedai tuang nasi dan kari kambing.


gambar saya memodelkan kari kambing 40 hari untuk instagram. 


ahem..ahem..sedap sangat. 


Disini ada pilihan nak makan dalam pinggan atau dalam dulang. Harga sepinggan RM12 harga sedulang RM45 termasuk 1 Jug air. Jemput lah datang makan mesti puas hati. Abah saya pun dah tergila-gilakan nasi arab kari kambing 40 hari ni. Buka 730 pagi hingga 300 petang.  Bawah ni peta untuk pergi ke Kari Kambing 40 Hari. 




Navigasi gaya tanya orang tepi jalan :  Keluar susur masuk Exit 244 Persimpangan Ayer Hitam. Selepas tol Ayer Hitam belok ke kiri menuju ke Pusat Bandar Ayer Hitam akan jumpa traffic light. Di traffic light tu belok ke kanan menuju ke Yong Peng. Terus sahaja sampai nampak kedainya. Sampai. 

Selamat Menjamu Selera. 


Acne Scar

Type Of Acne Scar:

1. Ice Picks Scar
2. Brown / Black Scar

Ice Picks Scar need dermatology treatment, take time & effort, in certain case need laser treatment due of cells around the area had died.

Brown/Black Scar easy to remove. always exfoliate to remove dead skins. ______________________________________________________


too bad my face had many ice pick scar. the only way i can do is to fade the scar


yoyoci hiba photo yoyocihiba.gif

Althea Malaysia: RM5 Free Code

hello ladies,

do you know Althea? 


the place where you can get the cheaper price for korean beauty, cosmetics and skincare. as a loyal customers there i guarantee you never ever feel disappointed while shopping here. thus, because i feel happy today i would like to share RM5 Free Code for all of you..


checkout their site for purchasing..  

maen game photo playgame.png

use this promo code below ladies and happy shopping. 

>TheFieFinnRM5<
plzzzz photo nanaplease.gif

VOTD: Nam Gyu Man Rage


I dont't know why but this video make me laugh every time i play it. 

6 Mac

Happy Birthday !!!

3rd Time Mak Ngah

welcome to the world baby kamalia

be a good girl.

please grow up healthy.

mak ngah love you.