Tips: Hilangkan Kesan Minyak Muka Pada Shawl

Assalamualaikum & Salam Sore

Post kali ini dengan tajuk yang panjang sekali nak cerita macam tips atau cara nak hilangkan kesan minyak muka pada shawl. Benda ni dah jadi selalu masalah bagi perempuan yang guna shawl, sebab bila basuh biasa, rendam sekalipun kesan minyak dari muka ni tak hilang, kuat sangat lekat. Jadi harap tips kali ini membantu sebab aku dah cuba sendiri dan berkesan. yassss..



1. Kenal pasti kawasan shawl yang berminyak, selalu nya di kawasan yang melekat pada pipi.
2. Bawa shawl masuk bilik air atau singki ikut keselesaan masing-masing dan gaya membasuh.
3. Capai sabun mandi ketul, ye rahsianya sabun mandi ketul bukan sabun mandi dari botol. tidak kisah brand apa terpulang yang penting mesti SABUN MANDI KETUL. 
4. Basahkan sabun dan gosok sabun pada bahagian shawl yang berminyak. 
5. Kemudian rendam dalam baldi, besen, cebok, apa sahaja dengan sabun basuh baju.
6. Bilas dan keringkan.
7. Senyum pandang shawl yang bersih tanpa kesan minyak.
8. Share tips pada mereka yang alami masalah yang sama.

Sekian. 

1 comment:

  1. Trima kasih for the tips! Blom cuba tp hopefully jadi :)

    ReplyDelete