Review Buku: II Cerpan Cikgu Asyraf & Lelaki Sesuatu Itu

Assalamualaikum & Hai Awak.

ISBN: 978-967-0954-20-2

1. II Cerpan - Cikgu Asyraf

Penulis: Dayang Noor
Muka Surat:104
Penerbit: Fixi
Komen: Cikgu Asyraf menceritakan mengenai seorang guru yang datang kesebuah kampung bersama isterinya yang baru lepas keguguran. Ada sesuatu pada cerpan cikgu asyraf ni yang membuatkan aku tak berhenti membaca, dari bab ke bab aku macam nak tahu apa akan jadi dan seterusnya. Kesudahannya memang paling tak sangka-sangka. Cuma pada bab 12 aku macam lost sedikit sebab ada muncul watak baru yang tiba-tiba dan pada bab sebelumnya ada cerita siapa cikgu asyraf sebenarnya dan pemandu teksi yang muncul di awal bab. Jika cerpan ini dijadikan novel penuh mesti lagi mindblowing perginya. Aku boleh katakan aku amat menyukai penulisan dayang noor, selalu ada plot twist yang tak dicapai dek akal.


2. II Cerpan - Lelaki Sesuatu Itu

Penulis: Shaz Johar
Muka Surat: 89
Penerbit: Fixi
Komen: Lelaki Sesuatu Itu menceritakan konflik seorang gay yang sudah berkahwin dan sedang menuju ke roswell bagi meraikan bulan madu bersama isterinya murni. Jalan ceritanya mudah dan menarik. Sepanjang pembacaan aku ada sedikit perasaan kasihan dekat syamil dari kecil difitnah tak diterima adik beradik, mak pula asyik menuduh dan paksa dia kahwin, jeremy pula buat dia macam pakai buang, kalau ini kehidupan gay sebenar tak sanggup aku nak jadi gay. Namun aku bangga dengan syamil ni walau dia sedar apa dia buat tu salah dia masih fikir pasal mak dia. Kemunculan alien Tok Ti dan Kak Mah ni kelakar juga, tak pasti culik syamil untuk beri pengajaran atau betul untuk menakluk manusia. Macam biasa aku sering lost ketika membaca cerpen atau cerpan. Pilihan apa yang dipilih syamil, pertama atau kedua. Ekspresi Murni di patah-patah akhir aku tak mengerti.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian, terima kasih Lorong Buku kerana bantu saya mendapatkan buku Edisi Terhad Fixi sempena Big Bad Wolf dengan harga RM15, harga asal RM8.


yoyoci study photo A5877380-53.gifyoyoci study photo A5877380-53.gifyoyoci study photo A5877380-53.gifyoyoci study photo A5877380-53.gif

No comments:

Post a Comment