Assalamualaikum dan hai.
Pada 20 Mac 2016 yang lepas, saya dengan adik lelaki dan abah dalam perjalanan nak hantar adik perempuan ke asrama sekolah dia. Dalam perjalanan tu saya pun cakap "jom makan kari kambing!!" sebab alang-alang gerak dari Pasir Gudang dan saya dah baca banyak kata kedai ni sedap. Jadi sebab kami berempat memang boleh masuk makan kambing kitaorang pun singgah. Kalau korang mengarah menuju ke Johor Bahru mesti akan nampak signboard ni besar-besar tepi lebuhraya dan banyak kereta park depan kedai dia.
Sebab sedia maklum kedai ni memang ramai orang makan jadi tiadalah terkejut sangat masa sampai. Memang ramai manusia tapi parking tetap cukup jangan risau.
Disini konsepnya layan diri, beratur ambil makan sendiri ye. Servis pantas tak sempat panas punggung. Masa tangkap gambar ni sekumpulan mat motor tak sampai lagi sebab elok abah dan adik sampai ke meja barisan beratur jadi panjang mengenangkan masa tu dah waktu lunch.
Gambar seterusnya merupakan gambar hidangan. Harap jangan terliur.
pemurah sangat pekerja kedai tuang nasi dan kari kambing.
gambar saya memodelkan kari kambing 40 hari untuk instagram.
ahem..ahem..sedap sangat.
Disini ada pilihan nak makan dalam pinggan atau dalam dulang. Harga sepinggan RM12 harga sedulang RM45 termasuk 1 Jug air. Jemput lah datang makan mesti puas hati. Abah saya pun dah tergila-gilakan nasi arab kari kambing 40 hari ni. Buka 730 pagi hingga 300 petang. Bawah ni peta untuk pergi ke Kari Kambing 40 Hari.
Navigasi gaya tanya orang tepi jalan : Keluar susur masuk Exit 244 Persimpangan Ayer Hitam. Selepas tol Ayer Hitam belok ke kiri menuju ke Pusat Bandar Ayer Hitam akan jumpa traffic light. Di traffic light tu belok ke kanan menuju ke Yong Peng. Terus sahaja sampai nampak kedainya. Sampai.
Selamat Menjamu Selera.
No comments:
Post a Comment