Guardian Haul #1

Assalamulaikum & Hai


Disebabkan saya ada cosmetic voucher RM5 dari Guardian jadi petang tadi singgahlah Guardian dalam Giant ni. Disebabkan saya seorang yang nak beli apa-apa mesti akan sediakan list dulu jadi tiadalah terlebih beli tadi. Semua seperti dalam list. Hehehehe



tadaaa ~~ inilah yang semua dalam list tu. tiada terlebih tiada terkurang lansung. malah makin jimat.


1. Bio-Essence Bio Treatment Essence In-Oil Scar Specialist


untuk pengetahun muka ni banyak lah parut jerawat, masa sekolah menengah dulu memang jerawat teruk juga menjadi-jadi. Dah cuba banyak produk tapi masih gagal dalam menghilangkan jerawat. Okey produk di atas ni banyak review kata boleh hilangkan parut jerawat dalam 3 hari. Jadi untuk 3 hari ini nak cuba nak tengok macam ne. Nanti saya review ya (kalau rajin). Harga asal untuk botol 30ml ni RM19.90+ dan sebab promosi harga tinggal RM9.94. 

2. IN2IT Waterproof Gel Liner 




Pada asalnya nak beli eyebrow pensil sebab akhir-akhir ni banyak tengok video lukis eyebrow jadi teringin. Biasalah perempuan kan mudah terpengaruh. Jadi masa capai pek ni mata tumpu pada perkataan eyebrow dekat kotak, balik rumah baru sedar eyebrow pensil tu free kepada gel liner. heol. Harga RM20.88 dengan diskaun RM5 tinggal RM15.88.


3. Adidas EDT For Women Fruity Rhythm




Saya memang suka perfume, memandangkan perfume sedia ada dah habis jadi beli lah perfume ni dengan harga RM19.88. Harga asal tak silap saya RM24+. Wangi pun masih berkekalan, tidak kuat sangat. bau buah ranum.

5. Guardian Nylon Foundation Brush



Last produk dalam Guardian Haul kali ini ialah brush foundation, lembut sangat bulunya, tadi dah try guna sapu foundation memang bagus coverage. Harga RM10.44, harga asal RM13+.


Total bersih semua RM56.14 selepas tolak semua diskaun. Paling tak sangka dapat baucer RM5 yang akan tamat 31 Mac ni. alaaa kejap sangat tempohnya. Ini pertama kali juga berhabis banyak dekat Guardian, selalunya saya prefer Watsons lagi sebab dapat point. Anyway, till next post. tralalala ~~


No comments:

Post a Comment