30HARI30FILEM #3: Bridge Of Spies (2015) Review

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Bridge Of Spies


Bridge Of Spies Poster


Bridge Of Spies Trailer


Sinopsis Plot: During the Cold War, an American lawyer is recruited to defend an arrested Soviet spy in court, and then help the CIA facilitate an exchange of the spy for the Soviet captured American U2 spy plane pilot, Francis Gary Powers - imdb.com


Review:

*eh ada spoiler*

Filem ini mengisahkan Attorney Jim yang dipilih untuk menjadi peguam bela kepada seorang lelaki yang disyaki sebagai spy russia bernama Abel. Tindakan Attorney Jim ni menyebabkan ramai la rakyat amerika tak suka dekat dia, yelah nak bela spy russia, tapi Attorney Jim tetap berkeras sebab dia tengok abel ni tak nampak macam spy pun, aku pun sampai penghujung cerita masih tak pasti ye ke Abel ni spy. Dalam waktu yang sama, seorang juruterbang amerika bernama Powers ditugaskan untuk tangkap gambar kawasan sekitar jerman, kiranya jadi spy jugalah, tapi kapal terbang Powers meletup ditembak, seharusnya masa nak terhempas tu Powers kena tekan butang destruct kira hancur kan semua tanpa kesan dan bunuh diri, tapi tidak, Powers kena tangkap dengan askar russia yang ada dekat jerman. Masa Attorney Jim dapat hak untuk buat pertukaran spy antara dua negara iaitu tukar Abel dengan Powers, Attorney Jim dapat tahu ada seorang pelajar amerika dekat jerman kena tangkap sebab berada di tempat yang salah pada waktu yang salah iaitu Pyrol, jadi Attorney Jim ni beruding lah untuk dapat dua-dua rakyat amerika. Kesudahan nya dapatlah. Cerita dia agak slow untuk 2 jam, lawyer-lawyer boleh patut tengok cerita ni. Filem ini pun berdasarkan cerita yang sebenar. Keseluruhan, aku bagi 3/5.

No comments:

Post a Comment